UCAPAN YBHG. DATO’ SERI LEE TIAN HOCK

Jun 2, 2025

PRESIDEN PERSATUAN BOLA KERANJANG MALAYSIA (MABA)
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA KERANJANG KEBANGSAAN MABA-MATRIX 17 TAHUN DAN KE BAWAH KALI KE-59 TAHUN 2025


Salam sejahtera kepada para tetamu yang dihormati,

  1. Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor
    2.YB Hairi Md Shah
    EXCO Belia, Sukan, Usahawan dan Koperasi Johor
    3.YB Lee Ting Han
    EXCO Pelaburan, Perdagangan, dan Kepenggunaan Johor
    4.YB Dato Haji Onn Jabbar
    Timbalan Setiausaha Belia, Sukan dan Sukarelawan
    5.YBhg. Dato’ Lim Boon Tiong, Pengerusi Majlis dan Pesiden JSBA
    6.Encik Lim Kok Seng, JP Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
  2. Para pegawai pasukan, para jurulatih, para pemain, ahli-ahli jawatankuasa pengelola, pegawai-pegawai teknikal dan para kru yang dihormati.

Pertama sekali, saya mewakili Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz, Menteri Besar Johor atas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini. Kehadiran YAB Dato’ amat bermakna dan menyerikan lagi kejohanan ini, sekali gus menjadi simbol sokongan padu kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan bola keranjang di tanah air.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz atas memperuntukan Seratus Ribu Ringgit bagi Persatuan Bola Keranjang Johor atas menyokong kerana memenangi Major Basketball League (MBL). Ini antara satu contoh bagi seluruh Malaysia, kerana bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Pemangku Sultan Johor dan Menteri Besar Johor berjiwa tinggi membina Johor sebagai satu Hub Sukan. Dengan tindakan baru-baru ini lantik Datuk Wira Lee Chong Wei dan Shah Firdaus. Saya yakin dengan usaha Yang Amat Berhormat MB, Johor boleh mencapai matlamat ini. Tahniah MB Johor.

Seterusnya, terima kasih juga saya ucapkan kepada semua tetamu, jurulatih, pegawai pasukan, pemain, petugas kejohanan serta para penyokong yang telah bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian ini.

Jawatankuasa Penganjur juga telah bekerja keras dalam menyediakan segala keperluan dengan penuh dedikasi. Usaha gigih mereka telah menjadikan kejohanan ini satu kejohanan yang berjaya dan berprestij.

Kita masih mengingati kejohanan Piala Agong tahun lalu yang turut berlangsung di Johor Bahru. Pada ketika itu, YBhg. Dato’ Lim Boon Tiong telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa selaku Pengerusi Majlis. Beliau bukan sahaja mengetuai segala persiapan dengan cemerlang, malah memberikan hala tuju yang jelas dan berpandangan jauh. Di bawah kepimpinan Dato’ Lim, sukan bola keranjang negeri Johor terus memancarkan potensi yang bertenaga.

Tidak ketinggalan juga, Encik Lim Kok Seng, JP, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, yang telah bertungkus-lumus memastikan segala kelengkapan kejohanan disediakan dengan sempurna.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Penaja Utama Matrix, serta para penaja Molten, Spritzer, Lining dan tidak dilupakan rakan-rakan media serta semua yang telah menyokong dan menjayakan kejohanan ini.

Di sini, saya juga ingin memberi semangat kepada semua pasukan. Sama ada menang atau kalah, kekalkanlah sikap yang positif. Ketika menang, kekalkan kerendahan hati, dan ketika tewas, jangan berputus asa.

Sekali lagi, jutaan terima kasih atas penglibatan dan sokongan anda semua. Selamat malam dan majulah sukan bola keranjang untuk negara!

You May Also Like

Elevating the Game: MABA Senior Referees Camp 2026

Elevating the Game: MABA Senior Referees Camp 2026

Elevating the Game: MABA Senior Referees Camp 2026 The whistle has blown on an intensive and successful weekend at the MABA Senior Referees Camp, held at the OCM Indoor Sports Complex, KL from April 4–5, 2026. Over two days, 37 dedicated participants dove deep into...

read more
大马篮总总会长拿督斯里李典和年会晚宴致辞

大马篮总总会长拿督斯里李典和年会晚宴致辞

大家晚上好,尊敬的开幕嘉宾,我国房屋及地方政府部长YB倪可敏,各位关心篮运的来宾朋友们,大马篮总会长理事会,执行理事会同仁,远道而来的18属会领导,篮总团队的教练与球员们,以及媒体朋友。欢迎大家参与2026年大马篮总新春联欢晚宴。 今晚是大马篮球人的团圆饭,同道们从东西南北而来,齐聚一堂。我感到非常欣慰,知道大家这些年为篮运付尽心力,让大马篮运取得丰硕成就。 我记得有句老话:‘’一花独秀不是春,百花齐放满园春‘’。把这句老话放在大马篮总,意思是说,大马篮总上下一心,目标一致,一同造就了我们这个强大卓越的团队。...

read more